MalaysiaPilihan Editor

Penyedia Khidmat Internet Perlu Patuhi AKM1998

Penyedia perkhidmatan Internet (ISP) dikehendaki mengambil langkah sewajarnya bagi menghalang perlakuan jenayah di platform masing-masing.

Selain itu mereka juga perlu menghapuskan sebarang ancaman dalam talian dengan segera berikutan peningkatan aduan awam berhubung penyalahgunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan ia memandang serius perkara ini dan meminta ISP menyediakan laporan bersama pelan tindakan menangani isu kandungan dalam talian yang menyalahi undang-undang.

“ISP juga diminta menggariskan rancangan masa hadapan mereka untuk meningkatkan keupayaan dalam memerangi ancaman dalam talian, memastikan keselamatan maklumat dan mengekalkan integriti rangkaian,” kata kenyataan itu.

Menurut MCMC, untuk itu komitmen ISP diperlukan dalam memperuntukkan sumber yang mencukupi dan kepakaran untuk memastikan keperluan Seksyen berkenaan dipenuhi.

Akta itu juga menghendaki ISP melaksanakan sebarang permintaan dan arahan daripada MCMC dalam dalam mencegah pelakuan atau cubaan melakukan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau sebaliknya dalam menguatkuasakan undang-undang Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad, kepada perlindungan hasil pendapatan awam dan pemeliharaan keselamatan negara.

Mengikut Seksyen 244 AKM 1998, bukan sahaja organisasi itu sendiri tetapi juga pengarah, ketua pegawai atau individu yang mentadbir syarikat mungkin berdepan pertuduhan jika mereka dengan sengaja melakukan aktiviti jenayah selepas dimaklumkan.

“Peruntukan ini bertujuan mengelakkan penyalahgunaan platform Internet untuk tujuan yang menyalahi undang-undang,” katanya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close