MalaysiaPilihan Editor

Selamat Bersekolah, Jaga Kesihatan, Jaga SOP, Jaga Kebersihan – Kata Pengerusi BN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Selamat bersekolah !

Jaga Kesihatan ! Jaga SOP (Standard Operating Procedure) ! Jaga Kebersihan !

Kata-kata murni yang terbit dalam entri terbaharu Facebook rasmi Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pelajar-pelajar sekolah yang kembali ke sekolah sepenuhnya pada hari ini dan 15 Julai 2020 yang lalu.

“Selamat bersekolah buat anak-anak di sekolah rendah.

“Patuhi segala arahan guru.

“Jaga kesihatan, jaga SOP & jaga kebersihan,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.
Nasihat beliau lagi, semoga anak-anak ini selamat dari sebarang bahaya dan menjadi kebanggaan keluarga dan negara.
Di samping itu, Ahmad Zahid turut menyertakan hastag dalam entri Facebooknya #KitaJagaKita #IlmuDuniaAkhirat
Setelah hampir empat bulan melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian di rumah, akhirnya semua pelajar dan murid akan kembali ke sekolah pada 15 dan 22 Julai 2020 ini.

Pastinya bukan sahaja mereka berasa gembira bercampur khuatir, guru dan ibu bapa juga mungkin dibayangi perasaan yang serupa.

Namun dengan keadaan wabak COVID-19 yang semakin terkawal, pembukaan sekolah ini diyakini mula berjalan lancar, berpandukan SOP ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pemerhatian juga mendapati dalam kalangan guru sudah tentunya tidak sabar untuk berjumpa anak didik mereka selepas “bercuti” sekian lama, apabila sekolah diarahkan tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat pandemik COVID-19.

Usaha guru yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu ketika berdepan dengan pelbagai kekangan sepanjang tempoh itu bagaikan “wira yang tidak didendang.”

Ada yang sehingga sanggup menghantar sendiri bahan tugasan kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti kelas dalam talian sepanjang tempoh PKP.

Bagi golongan pelajar dan murid pula, perasaan keterujaan itu kian terasa apabila mereka dapat bertemu kembali secara bersemuka dengan rakan-rakan sekolah setelah hampir empat bulan “terperuk” di rumah dan menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close