Duniaku Teknokrat

PETRONAS Mungkin Kehilangan Sebahagian Hasil Kepada Petros

PETRONAS dijangka kehilangan sebahagian daripada hasil kerana tidak menjadi agregator gas tunggal di Sarawak, kata RHB Investment Bank Bhd.

Dalam satu nota penyelidikan, bank pelaburan itu berkata terdapat ura-ura yang semakin meningkat mengenai PETRONAS yang berdepan potensi pemotongan perbelanjaan modal susulan berita Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengambil alih pembelian dan penjualan gas asli Sarawak daripada syarikat minyak dan nasional terbabit.

Peralihan akan bermula pada separuh kedua 2024.

“Kita mungkin melihat beberapa potensi gangguan operasi dalam tempoh terdekat sebelum lebih banyak kejelasan atau penyelesaian jelas dicapai antara Petros dan PETRONAS.

“Bagaimanapun, kami percaya bahawa akhirnya, kedua-dua pihak mahu memaksimumkan pengeluaran, terutamanya apabila harga minyak dijangka kekal stabil,” katanya.

Bank pelaburan itu berkata, PETRONAS membuat perbelanjaan modal RM52.8 bilion pada tahun kewangan 2023, dengan pembahagian yang hampir sama antara portfolio domestik dan antarabangsa.

“Segmen huluan dan gas masing-masing menyumbang 52 peratus dan 22 peratus daripada belanjawan domestik, dan pemindahan peranan agregator gas tunggal kepada Petros mungkin membawa kepada pengurangan belanjawan yang lebih ketara dalam segmen gas.

“Walaupun kita mungkin melihat beberapa gangguan operasi yang berpotensi dalam tempoh terdekat, kami masih menganggap penyelesaian yang perlu dicapai antara kedua-dua pihak terbabit tanpa menjejaskan pengeluaran sedia ada dan pelaburan domestik masa depan untuk memenuhi permintaan gas global yang semakin meningkat,” katanya.

Bank pelaburan itu berkata, impak pendapatan ke atas PETRONAS kekal tidak menentu, tetapi langkah itu mungkin menjejaskan keupayaannya untuk berbelanja.

Secara keseluruhannya, di sebalik ketidaktentuan yang semakin meningkat terhadap hala tuju dan strategi PETRONAS, RHB Investment Bank masih mengekalkan saranan ‘wajaran tinggi’ ke atas sektor O&G.

Buat masa ini, bank pelaburan itu terus memihak kepada syarikat perkhidmatan huluan dengan pendedahan yang lebih besar dalam ruang berkaitan penyelenggaraan, kerana mereka memberikan daya tahan pendapatan yang lebih besar, ditambah pula dengan syarikat yang mempunyai kepelbagaian antarabangsa seperti Yinson, MISC dan Bumi Armada. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close