Ekonomi Islam & Global

PM Itali Hubungi EU, IMF Selamatkan Ekonomi, Rakyat

Perdana Menteri Giuseppe Conte mengambil tindakan berani dengan melancarkan mesyuarat maya bersama ketua Kesatuan Eropah (EU) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), bagi menyelamatkan ekonomi serta komuniti Itali dari kejutan tidak dijangka, susulan pandemik COVID-19.

Menurut Conte, perancangan berkenaan diperlukan bagi membantu menyelesaikan kemelut di Itali, sekali gus menepis kritikan pembangkang berhubung penganjuran mesyuarat tergempar itu.

“Pemimpin EU perlu membuktikan bahawa mereka faham yang perkara ini adalah berdasarkan manfaat bersama.

“Kita sekarang berada di fasa kehidupan yang dipenuhi kejutan tidak dijangka membabitkan kos sosial, ekonomi dan manusia,” kata Conte pada ucapan pembukaan yang disampaikan di Brussels.

Conte yang negaranya merekodkan 34,301 kematian setakat Sabtu, mencatatkan jumlah terburuk di Eropah.

Ekonomi negara ketiga terbesar Eropah itu diramalkan menguncup sekurang-kurangnya 8.3 peratus pada 2020.

Bagi menjana aktiviti di kebanyakan negara Eropah yang terkesan akibat COVID-19, Suruhanjaya Eropah mencadangkan pelan pemulihan berjumlah 750 bilion euro (RM3.6 trilion) dalam bentuk geran dan pinjaman berjumlah 250 bilion euro (RM1.2 bilion).

Itali dijangka menerima sekitar 172 bilion euro (RM826 bilion). – AFP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close