Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Perancis Denda Google, Amazon 135 Juta Euro

Pihak pemantau data peribadi Perancis, CNIL mengenakan denda 135 juta euro ((RM663 juta) terhadap Google dan Amazon kerana mencabuli hak pengguna.

Kedua-dua gergasi internet Amerika Syarikat (AS) itu didakwa meletakkan ‘cookies’ iklan di laman sesawang yang dilayari pengguna internet tanpa kebenaran atau persetujuan mereka.

Denda 100 juta euro (RM491 juta) terhadap Google adalah yang tertinggi pernah dikenakan pihak berkuasa Perancis berikutan lebih 90 peratus pengguna internet negara itu menggunakan enjin carian terbabit.

‘Cookies’ adalah simpanan data kecil pada rekod pelayar komputer yang membolehkan laman sesawang mengesan serta menyimpan data kegiatan, kegemaran dan carian dilakukan seseorang pengguna.

Maklumat terbabit diguna bagi menyalurkan iklan produk mengikut cita rasa pengguna komputer berdasarkan sejarah cariannya di internet, namun ia dilakukan tanpa persetujuan atau meminta kebenaran pengguna terbabit.

Juster, kata CNL, Google dan Amazon didenda itu kerana meletakkan ‘cookies’ iklan di komputer pengguna tanpa persetujuan dan tanpa memberi maklumat mencukupi.

Katanya, ketika pengguna melayari laman sesawang google.fr dan amazon.fr, beberapa ‘cookies’ bagi tujuan pengiklanan terpampang secara automatik pada skrin komputer tanpa sebarang tindakan diperlukan daripada pengguna.

“Pengguna yang melayari laman sesawang tidak mendapat maklumat mencukupi atau tidak pernah dimaklumkan mengenai fakta mengenai ‘cookies’ yang diletakkan di komputer mereka’.

“Mengikut undang-undang, ‘cokies’ hanya boleh diletakkan selepas pengguna memberi kebenaran atau bersetuju terlebih dulu,” katanya.

Tambah CNL, Google dan Amazon bertindak secara sebelah pihak dalam hal ini, sekali gus mencabuli hak data peribadi pengguna.

Katanya, kedua-dua syarikat syarikat terbabit sudah diarah berhenti meletakkan ‘cookies’ September lalu.

Bagaimanapun, Google dan Amazon masih tidak memberikan maklumat jelas atau lengkap mengenai penggunaan ‘cookies’ selain diberi tempoh tiga bulan bagi memperbetulkan atau berisiko dikenakan denda tambahan. – AFP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close