MalaysiaPilihan Editor

Presiden BERSATU Menyatakan Hasrat Menyertai Muafakat Nasional – Kata Pengerusi Barisan Nasional

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

BERSATU berhasrat menyertai Muafakat Nasional (MN) !

Langkah politik terbaharu ini dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tengah hari tadi (30 Julai 2020).

“YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin  (Perdana Menteri) dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam (29 Julai 2020) di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

“Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi.

‘Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

“Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.

Langkah parti BERSATU ini disifatkan pemerhati politik sebagai memperkukuhkan kestabilan politik dalam kalangan Melayu Bumiputera dan Islam bagi menerajui kepimpinan kerajaan sedia ada serta menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang mendatang ini. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close