MalaysiaPilihan Editor

PRN6: ADUN Kijal Pegang Portfolio Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar & Perubahan Iklim

MB Terengganu mempengerusikan portfolio Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Satu tanggungjawab dan amanah !

Tahniah barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) pada penggal baharu ini.

Semalam (16 Ogos 2023) portfolio EXCO Kerajaan Negeri diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sewaktu sidang media, beliau berkata, dia akan turut mempengerusikan portfolio Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber.

Tambah beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Datuk Satiful Bahari Mamat pula kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan.

“ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah pula akan mempengerusikan Jawatankuasa
Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Adun Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi pula sebagai Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah.

“ADUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim kekal Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi manakala ADUN Kota Putera, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman pula mempengerusikan jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau,” katanya di Wisma Darul Iman di sini.

Ahmad Samsuri berkata, ADUN Chukai, Hanafiah Mat dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar yang meliputi skop pengurusan bencana.

“ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim pula mempengerusikan jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan manakala Ariffin Deraman (Alor Limbat) dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

“Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan perubahan Iklim pula disandang Datuk Razali Idris (Kijal),” katanya.

Razali ketika ditemui berkata pelantikan EXCO ini, adalah hadiah buar rakyat Kijal.

“Alhamdulillah saya ucapkan di atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Terengganu di samping sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain.

“Sebenarnya tidak terfikir dek akal TokLi ini yang asal dari keluarga nelayan di pesisir pantai Rhu Rendang sehingga mencapai apa yang ada sekarang ini.

“Seorang anak nelayan yang tampak MUSTAHIL, namun merasai nikmat LUAR BIASA ini. Semuanya ini adalah ketentuan Allah SWT. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengatur, itulah pegangan dan tawakkal TokLi selama ini,” katanya.

Insya-Allah, beliau yang turut dikenali sebagai TokLi turut berasakan limpahan pelantikannya sebagai EXCO ini pastinya dimanfaatkan demi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Kijal secara khususnya dan rakyat Terengganu secara keseluruhannya.

“Tanggungjawab besar TokLi yang mendapat mandat rakyat Kijal tidak akan disia-siakan, malahan TokLi juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada isteri TokLi yang dikasihi, anak-anak dan menantu yang dirahmati serta ahli keluarga lain yang sentiasa memberi perangsang dan semangat, tidak kiralah waktu susah senang dan pelbagai cabaran yang kadang-kala tidak masuk akal.

“Tidak lupa jentera kuat BERSATU di seluruh negeri Terengganu yang tidak pernah kenal penat lelah dan sumbangan anda sekalian adalah sesuatu yang hebat dan luar biasa.

“Kini semua kepercayaan dan keyakinan yang dicurahi kepada TokLi akan dipikul kudrat empat tulang ini demi manfaat serta limpahan berganda DUN Kijal dan negeri Terengganu.

“Gerak kerja pantas TokLi ialah merealisasikan 10 Tawaran Utama PAS dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 untuk rakyat Kijal.

“Jangan segan silu mencari TokLi, insya-Allah TokLi membantu sehabis baik. Itu janjinya,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY/KOSMO ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close