GovernansPilihan Editor

Perancangan Belanjawan 2021 Terganggu Jika PKP Dilaksana Semula

Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh akan mengganggu usaha memulihkan ekonomi dan fokus kerajaan dalam perancangan Belanjawan 2021 yang tertumpu kepada usaha merancakkan semula ekonomi selain memulihkan keyakinan pelabur, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Katanya, tanda-tanda pemulihan ketika ini akan berterusan sekiranya rakyat terus membudayakan norma baharu dalam kehidupan harian.

“Inisiatif kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sudah mula menunjukkan hasil positif apabila Jabatan Perangkaan mengumumkan kadar pengangguran semakin berkurangan berdasarkan statistik terbaharu pada Jun 2020.

“Kadar pengangguran pada Jun 2020 susut sebanyak 0.4 peratus kepada 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus bulan sebelumnya. Meskipun terdapat perkembangan positif, kerajaan akan terus memberi

perhatian dalam menangani pengangguran dalam kalangan rakyat,” katanya dalam kenyataan laporan LAKSANA Ke-16, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bagi memastikan kejayaan Belanjawan 2021, Kementerian Kewangan meneruskan Jelajah Belanjawan 2021 untuk mengambil maklum balas daripada pelbagai golongan masyarakat dan industri.

Beliau berkata, antaranya adalah sesi dialog ‘Townhall Selangor Youths have a SAY!’ anjuran Selangor Youth Community – SAY Community bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah; Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Jeffrey Cheah serta wakil kementerian, korporat dan komuniti yang diadakan minggu lalu.

Katanya, maklum balas yang diberi melalui program itu akan diteliti dan dipertimbangkan bagi memastikan golongan belia akan mendapat sokongan dari segi pendidikan awam yang baik serta ekonomi, sekaligus memberikan mereka terus kekal berdaya saing, berdikari dan berjaya.

Jelajah Belanjawan 2021, katanya, diteruskan di Pulau Pinang yang membabitkan beberapa sesi perundingan meliputi pelbagai industri.

“Ini termasuk kumpulan peranti perubatan dan Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI), InvestPenang, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), ViTrox Campus 2.0 iaitu syarikat berasaskan elektrik & elektronik (E&E) tempatan yang terkemuka, dan Think City HQ.

“Maklum balas yang diterima akan pertimbangkan untuk memastikan Belanjawan 2021 adalah mesra rakyat dan perniagaan,” katanya. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close