Dimensi BisnesPilihan Editor

PETRONAS Pasang Lebih Banyak Hab Cas EV Di Stesen Minyak

Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengulangi komitmennya untuk memasang lebih banyak hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) di stesen minyak PETRONAS di seluruh negara, dengan bilangannya bergantung kepada permintaan dan bilangan EV di jalan raya sepanjang tahun.

Ketua Pegawai Operasi PDB, Khalil Muri, berkata sehingga kini terdapat 25 hab pengecasan EV di stesen minyak PETRONAS, terutamanya di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara-Selatan.

“Kebanyakan pemilik EV akan mengecas kereta mereka di rumah dan hanya menggunakan hab pengecasan di stesen minyak atau pusat beli-belah untuk pemanduan jarak jauh.

“Jadi, kami akan melihat keseimbangan antara pengecasan di tiga premis bersama bilangan EV di Malaysia untuk melengkapkan lebih banyak hab pengecasan EV di stesen minyak,” katanya selepas melancarkan Program Kesetiaan Ganjaran Mesra Tanpa Kad Baharu di sini, hari ini.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close