MalaysiaPilihan Editor

PRN6: 4 Teras Portfolio Bakal Cetus Limpahan Positif Berganda Untuk KIJAL & TERENGGANU !

Portfolio itu ialah pelancongan, kebudayaan, alam sekitar dan perubahan iklim

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

PELANCONGAN, KEBUDAYAAN, ALAM SEKITAR & PERUBAHAN IKLIM !

Inilah empat teras portfolio yang dipertanggungjawab kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Terengganu.

Insya~Allah, kata Razali yang juga Pengerusi BERSATU Terengganu bahawa amanah dan cabaran ini akan digalas sehabis baik bersama~sama peneraju dan agensi berkaitan demi kebaikan rakyat, negeri Terengganu dan negara.

“Sekarang adalah waktu bekerja untuk rakyat.

“Berlandaskan pengalaman lalu, TokLi sudah tentu merencanakan roadmapping untuk menyusun gerak kerja strategik dan inovasi.

“Sektor pelancongan, antara sumber kekuatan ekonomi negeri. Sasaran pelancong sekitar 3 juta sehingga 4 juta orang bermula dari tahun 2022 dan sekarang akan menjadi teras utama memperkasakan pelancongan Terengganu yang sememangnya bertaraf dunia.

“Keberadaan Terengganu sebagai destinasi pelancongan yang kepelbagaian akan turut menyumbang sebahagian unjuran pendapatan RM76.8 bilion bagi negara pada tahun 2025.

“TokLi akan mengusahakan ikhtiar mendapatkan sebahagian peruntukan RM250 juta disediakan Kementerian Pelancongan atas tujuan promosi sektor pelancongan menerusi Belanjawan 2023 lalu.

“Kedudukan strategik negeri ini di Pantai Timur juga mempunyai akses langsung kepada pelancong dari China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam di samping negara Timur Tengah yang suka akan pulau~pulau Terengganu yang dikenali seluruh dunia terutama warga scuba serta keindahan pulau yang tiada tandingnya di sini,” katanya yang turut dikenali dengan panggilan TokLi dalam kalangan rakyat Kijal.

Di samping itu, Razali juga menyifatkan Terengganu sangat kaya dengan personaliti budaya kesenian, tradisi budaya dan warisan.

“Di sini jua mempunyai tarikan makanan tersohor seperti nasi dagang, keropok lekor, ketupat sotong, lemang legend Kijal serta bandar~bandar santai dan perkampungan nelayan.

“Insya~Allah fenomena pelancongan Terengganu akan dicipta dengan inovasi baharu sebagai sebahagian usaha memulihkan ekonomi negeri lebih berganda baik selepas pandemik COVID~19,” katanya.

Ditanya portfolio alam sekitar dan perubahan iklim, Razali juga cakna akan keperluan menguruskan lebih efektif dan efisien.

“Sudah tentu elemen menggalakkan amalan hijau, mempertahankan khazanah alam serta pengurusan bencana lebih efisien dan menyeluruh adalah fokus utama TokLi.

“Geo~alam negeri yang mempunyai jajaran panjang yang unik ini perlu disemarakkan kelestarian iklim alam sekitar dengan komuniti,” menurut beliau lagi.

Tokli cakna dalam soal ini kerana Terengganu begitu pesat dengan pelbagai pembangunan termasuk industri berat, petroleum dan sebagainya yang memberi kesan khususnya iklim mikro yang memberi tekanan kepada kualiti iklim, perubahan guna tanah, penambahan kawasan berkonkrit serta pembebasan haba yang boleh menyumbang kepada pemanasan suhu persekitaran.

“Tidak mengapa… TokLi yakin dan percaya setiap tugasan itu pastinya diberikan LALUAN DAN ILHAM selagi TokLi terus memohon doa untuk dipermudahkan, dengan izin Allah swt.” katanya.  – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close