MalaysiaPilihan Editor

PRN6: Ramasamy Keluar DAP?

Desas-desus bertiup kencang mengenai Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, akan meninggalkan parti itu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Prai selama tiga penggal, yang digugurkan daripada pencalonan pada PRN kali ini membuat jemputan media bagi satu sidang akhbar dan menyatakan ‘ada pengumuman penting’ yang akan dilakukan.

Berikutan itu, khabar angin mula bertiup menyatakan ia kemungkinan mengenai hasratnya meninggalkan DAP.

Sumber terdekat Ramasamy memberitahu NST bahawa ‘semua menunjukkan ke arah beliau meninggalkan parti.’

Ramasamy adalah bekas Timbalan Ketua Menteri II sejak 2008 sehingga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan baru-baru ini.

Ramasamy yang dilihat sesetengah pihak sebagai ‘liabiliti’ kepada DAP kerana ‘sikap berterus-terangnya’ adalah antara lima bekas ahli EXCO yang tidak dicalonkan pada PRN.

Yang lain ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng, Phee Boon, Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee.

Turut digugurkan ialah bekas ADUN Bagan Dalam, M Satees dan bekas ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit. Chun Kit tidak bertanding atas alasan kesihatan.

Satees pula meninggalkan DAP sebelum penamaan calon dan bertanding Bebas mempertahankan kerusi Bagan Dalam. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close