Governans

Projek Pembangunan Perlahan, KSN Akan Panggil KSU 14 Kementerian

Seramai 14 ketua setiausaha (KSU) akan dipanggil memberi penjelasan berhubung kegagalan kementerian masing-masing mencapai sasaran pelaksanaan pembangunan projek fizikal tahun lalu.

Tanpa memperincikan kementerian dimaksudkan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata pencapaian perbelanjaan pembangunan asas (DE Asas) negara tahun lalu hanya mencapai purata nasional 87.91 peratus.

“Empat belas kementerian terbabit dikesan berada bawah purata nasional. Projek fizikal berkenaan bersifat kepentingan rakyat seperti pembinaan dan baik pulih infrastruktur jalan raya, sekolah, klinik dan hospital.

“KSU 14 kementerian ini saya akan panggil dan akan beri kesan kepada penilaian prestasi Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP),” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat KSN 2026, di sini.

Beliau menjelaskan, projek berkenaan memang dilaksanakan, tetapi berjalan dengan perlahan.

Terdahulu dalam ucapannya, Shamsul Azri berkata, sebanyak 9,578 projek pembangunan sudah dilaksanakan membabitkan peruntukan RM83.06 bilion dan prestasi perbelanjaan RM81.67 bilion setakat 22 Disember lalu.

Katanya, ia meletakkan purata nasional prestasi perbelanjaan bagi projek pembangunan ialah sebanyak 98.33 peratus.- BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close