Dimensi BisnesPilihan Editor

Public Mutual Agih Lebih RM67 Juta Bagi Lima Dana

Public Mutual Bhd, anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd mengumumkan agihan berjumlah lebih RM67 juta bagi lima dana untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2023.

Dalam kenyataan hari ini, menurutnya agihan kasar sebanyak 0.50 sen seunit telah diumumkan bagi Public Islamic Dividend Fund dan Public Ehsan Mixed Asset Conservative Fund.

Turut diumumkan adalah pengagihan kasar 0.25 sen seunit bagi Public Select Mixed Asset Conservative Fund, Public Islamic Asia Dividend Fund (0.10 sen seunit) dan Public Far-East Balanced Fund (0.10 sen seunit).

Public Mutual adalah syarikat amanah saham swasta terbesar Malaysia dengan lebih 170 dana di bawah pengurusannya serta penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang menguruskan sembilan dana. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close