GovernansMalaysiaPilihan Editor

PUNB Anjur Lebih Banyak Latihan Berkaitan Kenderaan Elektrik (EV)

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) sedia memperbanyakkan lagi penganjuran latihan berkaitan kenderaan elektrik (EV) berikutan menerima permintaan menggalakkan daripada Rakan Usahawan PUNB, terutamanya daripada sektor automotif.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, perkembangan industri EV menyumbang kepada pembangunan kemahiran aras tinggi dan peningkatan keupayaan teknologi serta kejuruteraan.

Menurutnya, sehubungan itu, pemain industri tidak mahu ketinggalan dan mahu melengkapkan pekerja masing-masing dengan ilmu serta kemahiran berkaitan EV.

“PUNB dengan kerjasama sebuah pusat latihan berasaskan kemahiran sudah menganjurkan program latihan membaik pulih dan menyelenggara EV sejak 2019 dan sehingga kini, sebanyak tujuh sesi latihan sudah diadakan.

“Latihan ini terbuka kepada Rakan Usahawan PUNB yang terlibat dalam bidang automotif, namun berdasarkan maklum balas hasil daripada turun padang, Rakan Usahawan PUNB daripada sektor produk petroleum turut berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi EV,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat PUNB Cawangan Kelantan, baru-baru ini.

Izwan berkata, hasil maklum balas yang diterima, PUNB akan cuba memperluaskan lagi program latihan EV kepada sektor-sektor yang berkaitan, biarpun permintaan yang diterima daripada Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif sudah cukup menggalakkan.

Mengulas lanjut, Izwan berkata, PUNB ada menerima maklum balas daripada Rakan Usahawan PUNB mengenai pembiayaan khas untuk infrastruktur EV.

Bagaimanapun katanya, belum ada pembiayaan khas untuk tujuan tersebut kerana setakat ini PUNB lebih fokus kepada meningkatkan kemahiran dan pengetahuan Rakan Usahawan dalam EV.

Dalam rangka lawatan kerja Izwan ke Pejabat PUNB Cawangan Kelantan, Pejabat PUNB Wilayah Pantai Timur dan Pejabat PUNB Cawangan Pahang baru-baru ini, Izwan turut berpeluang melawat ke premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB di Kelantan (Syarikat Sinar Chrome Garage, Perniagaan Nik Adib Sdn Bhd dan Kidz Collection Corner), Terengganu (NMZ Muamalat, Tokku Lekor Sdn Bhd, Hippie Baby dan Faiz91 PG Enterprise) dan Kuantan (AF Computer Centre dan MH Wellness Group Sdn Bhd). – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close