MalaysiaPilihan Editor

UMNO, Barisan Nasional Kuat Kerana Kita – Kata Shamsul Anuar

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Jika kita kuat, rakyat hormat !

Jika kita kuat, rakyat sokong !

Kalau mahu kuat, kerana pimpinan dan ahli UMNO sendiri !

“Oleh itu, kitalah yang bertanggungjawab membina kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN),” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam entri Facebook rasminya.

Seiring dengan laungan itu, beliau menegaskan rakyat akan menghormati dan menyokong UMNO, jika kita kuat.
“Namun untuk membolehkan UMNO punyai kekuatan ianya bergantung kepada pimpinan dan ahli UMNO sendiri.
“Oleh itu kitalah yang bertanggungjawab membina kekuatan UMNO BARISAN NASIONAL,” katanya lagi.
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 telah memberikan pengalaman dan pengajaran yang besar kepada UMNO dan komponen parti dalam BN.
“Kita mesti ambil iktibar dari semuanya dan jangan kita ulangi lagi kesilapan kita.
“Kita mesti letakkan parti kita pada kedudukan yang kukuh dalam PRU15 nanti,” menurut Shamsul Anuar.
Justeru, beliau mengajak ahli UMNO dan BN untuk bersedia dan memperkukuhkan kekuatan.
“Jaga perpaduan sesama kita.
“Kukuhkan kekuatan sehingga ke akar umbi.
“Pastikan UMNO BN dihati rakyat.
“Percaya lah jika kita bersama rakyat, rakyat akan menyokong kita,” kata semangat Shamsul Anuar. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close