GovernansMalaysiaPilihan Editor

PUTRAJAYA: Tujuh KSU Kementerian Bertukar

(Atas kiri) Datuk Lokman Hakim Ali,  Datuk Seri Isham Ishak, dan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad. (Bawah kiri) Datuk Seri Suriani Ahmad, Datuk Ruji Ubi, Datuk Azman Mohd Yusoff, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
(Atas kiri) Datuk Lokman Hakim Ali, Datuk Seri Isham Ishak, dan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad. (Bawah kiri) Datuk Seri Suriani Ahmad, Datuk Ruji Ubi, Datuk Azman Mohd Yusoff, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

 

KUALA LUMPUR: Sektor perkhidmatan awam menyaksikan perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi masing-masing berkuat kuasa esok dan 23 September ini.

Ia membabitkan perjawatan sembilan ketua setiausaha kementerian, satu timbalan ketua setiausaha kanan dan dua ketua pengarah.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata perubahan penempatan dan pelantikan baharu seiring hasrat melaksanakan reformasi perkhidmatan awam.

Beliau berkata ia menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam bagi mendepani era baharu perkhidmatan awam, susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia juga manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip taat setia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada raja dan negara, dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut perubahan penempatan dan pelantikan baharu jawatan berkenaan;

* Berkuat kuasa 23 September 2024

2. Datuk Seri Isham Ishak – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bertukar dari Kementerian Pertahanan
* Berkuat kuasa 23 September 2024

3. Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, bertukar dari Kementerian Kerja Raya
* Berkuat kuasa 5 September 2024

4. Datuk Seri Suriani Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, bertukar dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
* Berkuat kuasa 5 September 2024

5. Datuk Ruji Ubi – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, bertukar dari Kementerian Dalam Negeri
* Berkuat kuasa 5 September 2024

6. Datuk Azman Mohd Yusoff – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, bertukar dari Kementerian Perpaduan Negara
* Berkuat kuasa 5 September 2024

7. Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, bertukar dari Kementerian Sumber Manusia
* Berkuat kuasa 5 September 2024

 

(Dari kiri) Datuk Awang Alik Jeman, Datuk Abd Shukor Mahmood, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Datuk Seri Azman Ibrahim dan Muhammad Razman Abu Samah.
(Dari kiri) Datuk Awang Alik Jeman, Datuk Abd Shukor Mahmood, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Datuk Seri Azman Ibrahim dan Muhammad Razman Abu Samah.

 

8. Datuk Awang Alik Jeman – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, naik pangkat daripada jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM)
* Berkuat kuasa 5 September 2024

9. Datuk Abd Shukor Mahmood – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, bertukar daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM)
* Berkuat kuasa 5 September 2024

10. Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, bertukar daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
* Berkuat kuasa 5 September 2024

11. Datuk Seri Azman Ibrahim – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, bertukar daripada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
* Berkuat kuasa 5 September 2024

12. Muhammad Razman Abu Samah – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, bertukar daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
* Berkuat kuasa 5 September 2024

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close