MalaysiaPilihan Editor

Sesuatu Keputusan Politik Yang Agak Besar – Kata Ahmad Zahid

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Sesuatu akan dilakukan UMNO !

Tunggu keputusan itu !

Akan ada perbincangan !

Akan ada sesuatu keputusan politik yang agak besar !

Kata-kata itu adalah reaksi atau maklum balas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu ditanya media di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Pemerhati politik berpandangan maklum balas Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mewujudkan pelbagai indikator dinamika politik tanah air sekarang.

Sebarang keputusan yang dimuktamadkan oleh UMNO dan BN akan membawa sebarang implikasi kedudukan politik dan kerajaan sekarang, kata pemerhati politik.

Seperti mana yang ditemui media, Ahmad Zahid menegaskan bahawa UMNO akan mengambil keputusan politik yang besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

“Kita (UMNO) akur dan meminta ahli UMNO berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh parti.

“Saya amat bersimpati dan sedih bukan sebagai presiden UMNO tetapi kerana beliau adalah sahabat saya.

“Seperti yang dinyatakan oleh Najib… ini bukan penghujung dunia atau “this is not end of the world”, akan ada proses lain selepas ini,” kata Ahmad Zahid lagi.

Dalam entri terbaharu Facebook rasmi Presiden UMNO, “Kita percaya DS Najib masih ada ruang untuk mendapatkan keadilan melalui proses perundangan negara.

“Saya turut bersedih dengan keputusan ini dan yakin DS Najib seorang yang cekal dan tabah,” katanya dalam entri berkenaan. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close