Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Berkobar-kobar dan penuh bersemangat !
“Saya boleh simpulkan Pemuda UMNO sudah bersiap-siaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pemuda harapan bangsa !
“Berkobar-kobar dan penuh bersemangat” kata Ahmad Zahid di majlis perasmian penutup Retreat Pemukiman Pemuda UMNO yang diadakan di ILMU, Janda Baik, Pahang.
Presiden UMNO juga melafazkan ikrar bersama-sama Pemuda UMNO untuk menzahirkan taat setia kepada parti, dinamik terutama bersiap sedia menghadapi PRU-15.
“Tahniah Pemuda UMNO kerana terus menjadi benteng utama parti,” kata Ahmad Zahid dalam entri baharu di Twitter rasminya.