Duniaku TeknokratPilihan Editor

Raja Azmi Dilantik COO Baharu MAVCOM

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melantik Raja Azmi Raja Nazuddin sebagai Ketua Pegawai Operasinya (COO) yang baharu berkuatkuasa esok.

Raja Azmi akan menggantikan Azmir Zain yang meletakkan jawatan sebagai COO berkuatkuasa 14 Ogos yang lalu setelah bersama MAVCOM sejak 1 April 2016.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim, berkata Raja Azmi mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam industri penerbangan serta korporat.

Beliau berkata, MAVCOM percaya perlantikan Raja Azmi akan membantu mempromosikan sektor penerbangan awam.

“MAVCOM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Azmir atas kepimpinan dan sumbangannya kepada industri, pengguna dan suruhanjaya selama ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Raja Azmi sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bermula 4 Januari 2019 hingga 6 Januari 2020.

Beliau memulakan kerjaya pada 1987 di Coopers & Lybrand Malaysia sebelum beralih ke Malaysia Tobacco Company Bhd sebagai juruaudit dalaman dan akauntan pemasaran.

Raja Azmi mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang pentadbiran perniagaan dan perakaunan serta memiliki Ijazah Sarjana Pentradbiran Perniagaaan daripada University of Bath, United Kingdom. – BERITA HARIAN

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close