GovernansPilihan Editor

Sektor Awam, Swasta Digalak Sumbang Dalam AAB

Sektor awam dan swasta disarankan bersama kerajaan menangani pandemik COVID-19 dengan menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana (AAB).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata individu dan syarikat korporat yang menyumbang kepada AAB juga layak mendapat potongan cukai.

“Semua sumbangan dari individu atau korporat layak mendapat potongan cukai dengan syarat mengemukakan dokumen yang lengkap.

“AAB berperanan membantu negara dalam menyalurkan bantuan kepad mangsa bencana, mengurangkan risiko benca serta pengurusan bencana termasuklah COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-56, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei lalu turut mengumumkan Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun bagi membolehkan ia disumbangkan ke dalam AAB.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali juga mengumumkan bahawa potongan sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) ataupun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) penjawat awam selama tiga bulan dilaksanakan mulai Jun bagi tujuan sama.

AAB, katanya ditadbir oleh Jawatankuasa Akaun Amanah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dianggotai oleh wakil-wakil dari Kementerian Kewangan, Jabatan Akauntan Negara, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Pihak awam dan sektor swasta boleh menyumbang ke dalam AAB. Sumbangan boleh dibuat ke dalam AAB melalui akaun Maybank Islamic Berhad dengan nombor 5660 1065 0930,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close