MalaysiaPilihan Editor

Kerajaan Beri Sehari Cuti Tambahan Sempena Aidilfitri

Kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan sewajarnya termasuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat ini, hari kelepasan am terbabit ditetapkan pada Isnin depan.

“Bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu ini, maka kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh terbabit mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.

“Diharap dengan pelbagai ikhtiar dan program khas yang dilaksanakan, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dapat memberi seribu makna buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close