GovernansMalaysiaPilihan Editor

Kerajaan Baharu Perlu Bawa Kestabilan Kepada Ekonomi

Pentadbiran baharu negara yang akan dibentuk kelak perlu menstabilkan ekonomi yang terjejas teruk akibat daripada impak pandemik COVID-19, kata Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia.

“(Dengan adanya kestabilan) bermakna kita akan mendapat lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) malahan pelaburan domestik kita akan kembali dan secara umumnya akan ada lebih banyak pekerjaan kepada rakyat.

“Itulah fokus yang kita perlukan sekarang,” kata Ketua Bendaharinya, Chris Daniel Wong dalam program Mid-day Update Bernama TV hari ini.

Wong berkata, banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutama perniagaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ada empat jenis (perniagaan) dalam industri ketika ini, kita ada 30 peratus perniagaan yang telah menutup operasi, 30 peratus sedang nazak, 30 peratus hampir nazak dan hanya 10 peratus yang mampu bertahan dan meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Menurutnya, kerajaan akan memerlukan pelan yang dipertingkatkan untuk mengurangkan kes COVID-19 walaupun banyak negeri yang telah beralih ke Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Pentadbiran baharu perlu meneliti semula PPN. Kita perlu melihat kembali pelan itu bagi memastikan prosedur operasi standard ditambah baik lagi agar kita dapat melandaikan kadar jangkitan.

“Jadi ini adalah sesuatu yang pentadbiran baharu perlu melihat semula dengan serius kerana rakyat masih terus bimbang dengan perkara ini,” kata Wong. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close