Duniaku Teknokrat

Boustead Lantik Dua Lembaga Pengarah Baharu

Boustead Holdings Bhd (Boustead) mengumumkan dua pelantikan ke dalam Lembaga Pengarah syarikat berkuatkuasa 21 Ogos 2020.

Tan Sri Abu Bakar Abdullah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, manakala Datuk Zurainah Musa sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas.

Abu Bakar, 65, mempunyai pengalaman 30 tahun dalam pentadbiran dan pengurusan daripada sektor awam.

Sebelum berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 2007, beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa kementerian termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Zurainah, 58, memulakan kerjayanya pada 1983 dan memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di organisasi berpangkalan di Malaysia, Australia, Amerika Syarikat (AS), Indonesia serta Asia Barat.

Boustead dalam kenyataannya berkata, ia berbesar hati menyambut dua individu berpengalaman ke dalam Lembaga Pengarah.

“Kumpulan Boustead pasti akan mendapat manfaat daripada pengalaman serta kepakaran mereka, ketika syarikat meneruskan perjalanan transformasi bagi mengembalikan keuntungan,” katanya. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close