Duniaku TeknokratPilihan Editor

Penerima Lesen Bank Digital Diumumkan Akhir Mac – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan penerima lesen bank digital pada akhir bulan depan, demikian kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata, pihaknya kini berada di peringkat lanjutan atau ‘advance stage’ dalam menilai permohonan untuk lesen bank digital dan menyasarkan untuk mengumumkan pemohon yang layak pada penerbitan Laporan Tahunan BNM pada akhir Mac.

Katanya, BNM telah menerima 29 permohonan dan bank pusat itu bercadang untuk memberikan lesen bank itu maksimum lima saja.

“Kami perlu menilai secara menyeluruh setiap permohonan. Kami mahu bank digital menawarkan produk dan perkhidmatan yang relevan kepada segmen yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan dan tidak mendapat perkhidmatan kewangan supaya lebih ramai orang dan usahawan dapat memiliki aset dengan lebih baik dan menyimpan untuk masa depan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini permohonan lesen bank digital pada sidang media secara maya mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi suku keempat dan keseluruhan 2021 hari ini. Hadir sama, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Ia berkata, pelbagai pihak sudah menghantar permohonan untuk mendapatkan lesen bank digital, termasuk bank, konglomerat industri, firma teknologi, penyedia perkhidmatan e-dagang, syarikat Fintech, koperasi dan kerajaan negeri.

Jelasnya, pemohon yang berjaya dan memenuhi kesemua kriteria kehematan dijangka dapat menyumbang ke arah rangkuman kewangan yang lebih luas dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan untuk mengurangkan jurang pasaran bagi golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan dan yang tidak mendapat perkhidmatan kewangan.

Hal itu termasuklah menggalakkan penggunaan penyelesaian kewangan yang sesuai dan pada kos yang berpatutan melalui penggunaan aplikasi teknologi inovatif. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close