MalaysiaPilihan Editor

Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara Bekerjasama Dengan Suhakam

Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara akan membincangkan isu hak asasi manusia dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata dapatan daripada perbincangan itu akan dibawa ke persidangan Dewan Negara yang akan datang untuk mendapat pertimbangan kerajaan.

“Aspek yang menjadi perhatian ialah pemerkasaan Suhakam, isu pemerdagangan manusia, eksploitasi wanita dan kanak-kanak serta hak-hak asasi yang meliputi semua komuniti di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Pengerusi Suhakam Tan Sri Othman Hashim serta tiga Pesuruhjaya iaitu Datuk Lok Yim Pheng, Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh dan Jerald Joseph. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close