Malaysia

Sarawak Pemain Utama Metanol Dunia Dengan Kompleks RM7 Bilion

Sarawak bakal menjadi pemain utama pasaran metanol global dengan pelancaran Kompleks Metanol Sarawak Petchem bernilai RM7 bilion di Tanjung Kidurong, di sini, hari ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata projek itu merupakan satu lagi pelaburan utama di negeri ini yang berfungsi sebagai pemangkin untuk meningkatkan lagi pembangunan ekonomi, pertumbuhan mampan dan keterangkuman sosial.

“Dengan pencapaian ini, kita boleh berbangga bahawa Sarawak akan menjadi salah satu pengeluar metanol global, yang mampu mengeluarkan sehingga 1.75 juta tan metrik setahun,” katanya pada pelancaran kompleks itu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, projek metanol itu merupakan satu daripada enam projek pemangkin yang dikenal pasti untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak dengan tambahan RM34 bilion menjelang 2030.

“Saya menantikan projek besar lain yang boleh memantapkan sektor pembuatan kami seperti projek H2ornbill dan H2biscus di Bintulu. Saya menaruh harapan tinggi agar kedua-dua projek ini dapat direalisasikan sebelum 2030,” katanya.

“Pendidikan dan pembangunan modal insan adalah komponen penting dalam meningkatkan kecekapan pekerja dan membantu ekonomi meningkatkan rantaian nilai. Sehubungan itu, saya ingin menyeru tenaga kerja kita di luar negara untuk kembali dan terlibat secara aktif dalam usaha ‘pembinaan negara’ ini,” katanya.

Beliau berkata, kesan riak ekonomi akan dirasai merentas pelbagai sektor, memupuk daya tahan dan kemakmuran ekonomi selaras dengan aspirasi untuk mencapai Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita yang tinggi.  – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close