Dimensi BisnesPilihan Editor

TH Plantations Raih Keuntungan Lebih Tinggi

Keuntungan bersih TH Plantations Bhd melonjak kepada RM26.57 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 daripada RM8.16 juta yang direkodkan setahun sebelumnya.

Pendapatan meningkat kepada RM176.15 juta berbanding RM127.57 juta sebelumnya berikutan purata harga direalisasi lebih tinggi bagi minyak sawit mentah (MSM), isirung dan buah tandan segar selain jumlah jualan lebih tinggi bagi MSM dan isirung, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Tinjauan bagi prestasi keseluruh kumpulan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 secara umumnya bergantung kepada harga komoditi sawit, isu berkaitan pandemik COVID-19 dan kemajuan sedia ada Pelan Pemulihan Strategik bagi mengukuhkan operasi serta kewangan kami.

“Kekurangan meruncing pekerja disebabkan kadar pengambilan tempatan yang rendah selain sekatan berterusan ke atas pergerakan pekerja asing kekal menjadi kebimbangan serius kepada kumpulan dan industri sawit,” katanya.

Ia berkata, harga sawit dijangka kekal memberangsangkan sepanjang tahun berikutan paras inventori keseluruhan yang rendah di Malaysia, peningkatan permintaan, bekalan sempit minyak boleh dimakan global dan sebaran harga yang baik antara olein sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau dengan minyak soya.

“Pengeluaran keseluruhan MSM bagi industri secara relatifnya lebih rendah pada suku kedua 2021 berbanding suku sama 2020, apabila industri belum pulih sepenuhnya daripada kitaran musim pengeluaran yang rendah, kesan cuaca serta isu kekurangan pekerja sedia ada,” tambahnya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close