GovernansMalaysiaPilihan Editor

Bajet 2023: ‘Tunggu Esok. Kalau Saya Sebut Bentang Hari Ini, Sudah Tiada Debarannya’ – Perdana Menteri

Semua spekulasi berhubung sama ada Bajet 2023 akan dibentangkan atau sebaliknya, akan terjawab esok, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan mendedahkan sebarang perkara membabitkannya atau semua pihak tidak lagi berdebar menunggu pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan esok di Dewan Rakyat.

“Tunggu esok. Kalau saya sebut bentang hari ini, sudah tiada debarannya.

“Macam-macam spekulasi, ada kata bentang, ada kata tak bentang. Jadi lebih baik spekulasi itu diteruskan sampai esok baru tahu jawapannya,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Kementerian Kewangan di sini, pada jam 12.13 tengah hari, sebelum memasuki ke bangunan Perbendaharaan sambil diiringi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz.

Khabar angin mengenai pembubaran Parlimen turut menimbulkan persoalan sama ada Bajet 2023 akan dibacakan esok atau selepas kerajaan baharu dibentuk kelak.

Perdana Menteri dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini bagi memberi taklimat mengenai bajet serta memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ismail Sabri berkata, kehadirannya ke Kementerian Kewangan hari ini untuk bertemu dengan pegawai kementerian yang terbabit menyediakan dokumen Bajet 2023.

Beliau berkata, ia memang dilakukan setiap tahun.

“Kedatangan saya untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka. Saya difahamkan kebanyakan mereka ini dah tiga minggu tidur di kementerian kerana menyediakan bajet dan sebagainya.

“Jadi saya datang untuk berjumpa mereka sendiri untuk mengucapkan terima kasih di atas usaha mereka dalam menyediakan bajet,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close