GovernansPilihan Editor

Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Akan Jadi Penghubung Bagi Peniaga Dan Pekerja – Mustapa

Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) akan menjadi penghubung antara peniaga dan pekerja dengan pihak-pihak seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perrtubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Perlindungan sosial merupakan antara perkara yang diberi keutamaan oleh EAC,” katanya dalam satu kenyataan.

Mustapa berkata demikian selepas meninjau operasi Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini, untuk mendapatkan maklum balas secara terus daripada para peniaga, pembekal, pemborong dan pelanggan mengenai situasi ekonomi dan kehidupan mereka akibat pandemik COVID-19.

Dalam lawatan tersebut, beliau yang diiringi Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) Sulaiman Mohamed turut mengadakan dialog dengan pekerja dan peniaga di pasar berkenaan.

Beliau berkata, antara isu yang dibangkitkan dalam dialog tersebut ialah perlindungan sosial dan lesen perniagaan.

Menurutnya, ramai  pekerja di sini tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso manakala ada juga peniaga tidak mempunyai lesen

Sementara itu Mustapa turut mengucapkan terima kasih kepada DBKL kerana memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya ini bermula 15 November lalu.

“Langkah membenarkan warga kota untuk berniaga kecil-kecilan memberikan impak positif kepada ekonomi ketika negara sedang menghadapi krisis kesihatan.

“Saya mendapat banyak respon positif daripada peniaga dan pekerja di pasar borong ini,” katanya. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close