MalaysiaPilihan Editor

Bentang Semula Bajet Jika PRU Diadakan Dalam Tempoh Terdekat – Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dijadual dibentang Jumaat depan, perlu dibentangkan semula di Parlimen jika RUU berkenaan belum diluluskan kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menjelaskan, kerajaan baru yang terbentuk selepas PRU perlu membentangkan semula RUU berkenaan bagi bacaan kali pertama dan seterusnya.

“Kalau ada pilihan raya, akan ada satu kerajaan yang baru. Maka kerajaan baru perlu buat bacaan pertama semula. Sebab belanjawan tidak mengikat kerajaan.

“Dia akan ada bacaan pertama yang baru,” katanya ditemui media di Parlimen hari ini, sambil menjelaskan kerajaan baharu yang terbentuk boleh menggunakan draf RUU sama untuk dibentangkan semula ke Dewan Rakyat.

Bajet 2023 dijadual dibentang pada Jumaat depan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika spekulasi juga mengatakan Parlimen akan dibubar selepas itu, iaitu sebelum RUU berkenaan diluluskan.

“Pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong, dan sekiranya dinasihati untuk membuat sedemikian, Agong ada budi bicara untuk menolak nasihat terbabit.

“Sekarang saya baca di berita terdapat sedikit polemik sama ada kuasa (menasihati Agong) itu ada pada Perdana Menteri saja atau ia keputusan Kabinet. Saya pun tidak ada jawapan terhadap polemik itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Azhar berkata hingga kini beliau tidak diberitahu sama ada Bajet 2023 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri dan bukannya Menteri Kewangan seperti kebiasaannya.

Ditanya sama ada RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang kini dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen akan dibentang semula ke Dewan Rakyat minggu depan, beliau memaklumkan belum mendapat makluman dari menteri yang bertanggungjawab.

“Setahu saya, JPK sudah bermesyuarat dua atau tiga kali dan mereka sedang memuktamadkan RUU itu. Itu saja maklumat yang saya dapat.

“Kalau perkara itu dimuktamadkan, mungkin pihak menteri yang membawa RUU itu akan memberi notis kepada setiausaha untuk menyenaraikan RUU itu dalam persidangan akan datang, setakat ini saya belum dapat maklumat,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close