Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

Grab Perkenal Khidmat Tempah Bas, Feri

Grab Malaysia melancarkan ‘Grab Intercity’, perkhidmatan yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk membeli tiket bas dan feri di aplikasi Grab.

Ia menyediakan lebih 15,000 laluan perjalanan.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pengguna akan dapat membeli tiket bas ke lebih 30 destinasi di Singapura dari 11 negeri dan bandar berbeza di seluruh Malaysia.

“Dengan mengembangkan tawaran perkhidmatan perjalanan kami, pengguna boleh merancang percutian mereka tanpa memerlukan banyak aplikasi.

“Kami berharap kemudahan ini adalah memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia untuk membuat persediaan sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan datang,” kata Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara Grab Malaysia Rashid Shukor.

Sempena pelancaran itu, pengguna juga akan menerima diskaun 10 peratus untuk semua tiket yang ditempah melalui perkhidmatan berkenaan. -BERNAMA/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close