Duniaku Teknokrat

Serba Dinamik Kenal Pasti Tiga Calon Pengarah Baharu

Pengerusi Lembaga Pengarah Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Ilyas Mohamed berkata, tiga nama calon sudah dikenal pasti untuk dilantik sebagai pengarah syarikat.

Belajar dari pengalaman kata beliau, syarikat memilih individu yang berpengalaman dan lebih matang dalam membuat keputusan.

“Sebanyak tiga nama telah dikenal pasti dan mereka ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbankan kewangan Islam, undang-undang dan tadbir urus korporat serta integriti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau diminta mengulas peletakan jawatan lima Pengarah Bebas yang menyatakan alasan mereka sebagai tidak bersetuju dengan isu membabitkan KPMG dan syarikat.

Ilyas Mohamed berkata, peletakan jawatan lima Pengarah Bebas semalam, sebagai sesuatu yang `sudah dijangka’.

‘Keputusan yang diambil (menyaman KPMG) adalah berdasarkan majoriti sokongan dan jika mereka tidak bersetuju dengan tindakan ini, mereka sepatutnya hadir dan bukannya berdiam dan protes di sebalik tabir,” kata beliau.

Kenyataan Ilyas Mohamaed itu konsisten dengan jawapannya semasa sidang media Selasa lalu, bahawa Pengarah Bebas tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membantu pihak pengurusan dalam menyelesaikan perkara itu dengan serius.

“Jika mereka ini cekap dan tahu peranan mereka, masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya, malah mereka juga tidak memainkan peranan mereka sebagai pengarah bebas.

“Ini jelas dilihat apabila mereka tidak mengendahkan permintaan IIC untuk bersemuka dengan menerangkan perkara sebenar. Adakah mereka ini mengambil berat tentang para pemegang kepentingan lain atau mereka ada agenda lain hinggakan masalah berlarutan sehingga kini,” jelas Pengerusi itu lagi.

Selain itu juga, Ilyas Mohamed menjelaskan bahawa Lembaga Pengarah bersama pengurusan dalam peringkat lanjutan untuk melantik juruaudit luaran yang baru.

Terdahulu, Serba Dinamik mengumumkan keputusan kewangan bagi suku tahun berakhir Jun 2021 dengan keuntungan bersih sebanyak RM131 juta.

Keputusan baik itu dipacu oleh hasil sebanyak RM1.38 bilion berikutan aktiviti kukuh daripada segmen operasi serta penyelenggaraan (O&M) termasuk kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalami berkata segmen O&M dan EPCC masing-masing menyumbang 90.5 peratus dan 7.2 peratus.

Penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu berkata tidak ada perbandingan maklumat kewangan yang tersedia untuk tempoh kewangan terkait disebabkan perubahan tahun kewangannya kepada 30 Jun berbanding 31 Disember pada 7 Mei lalu.

Penyata kewangan yang telah diaudit seterusnya akan tersedia bagi tempoh 18 bulan mulai 1 Januari 2020 hingga 30 Jun 2021 dan selepas itu, tahun kewangan terakhir akan dicatatkan menjelang 30 Jun untuk setiap tahun berikutnya.

Jumlah dividen bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mac 2021 adalah 5.45 sen sesaham biasa. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close