GovernansPilihan Editor

Sistem Pencen Malaysia Ketiga Terbaik Asia

Sistem persaraan Malaysia berada di tempat ketiga terbaik Asia dan ke-23 di dunia, meskipun nilai keseluruhan negara ini dalam Indeks Persaraan Global Mercer CFA Institute (MCGPI) tahunan ke-13 susut daripada 60.1 tahun lalu kepada 59.6 pada 2021.

MCGPI adalah kaji selidik membabitkan 43 sistem pendapatan persaraan di seluruh dunia, yang mengukur setiap sistem menerusi tiga wajaran sub-indeks iaitu kecukupan, kemampanan dan integriti.

Kaji selidik terkini turut mengukur empat sistem persaraan baharu iaitu Iceland, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Uruguay.

Daripada tiga sub-indeks yang diukur menerusi Indeks Persaraan Global 2021, Malaysia mencatatkan peningkatan dalam skor kecukupan kepada 50.6 tahun ini.

Secara keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan ke-15 dunia dari segi kemampanan, yang mengukur kemampuan sistem untuk menyediakan manfaat pada masa depan.

faktor yang memberi kesan kepada keyakinan rakyat terhadap sistem persaraan.

Negara ini menduduki tempat ke-34 dari segi kecukupan, iaitu pertimbangan mengenai sistem persaraan direka untuk menyediakan manfaat persaraan mencukupi.

Pemimpin Perniagaan Kekayaan Mercer bagi Asia, Janet Li, berkata adalah sesuatu yang menggalakkan bagi Malaysia terus mencatatkan skor jauh di atas purata Asia bagi semua tiga sub-indeks.

“Memandangkan jangka hayat terus meningkat, kerajaan boleh melihat kepada pelbagai cara untuk menambah paras minumum sokongan kepada pesara termiskin, selain kadar penyertaan tenaga kerja, terutama pada golongan lebih berusia.

“Jika Malaysia boleh menaikkan tahap simpanan isi rumah dan mengurangkan hutang isi rumah, ini akan membantu meningkatkan skor kecukupan dan kemampanan, sekali gus nilai indeks keseluruhan bagi sistem persaraannya,” katanya.

Indeks Persaraan Global 2021 menyaksikan Malaysia berada di belakang Singapura dan Hong Kong dari segi skor terbaik.

Secara umum, sistem persaraan Asia didapati ketinggalan berbanding skor dunia, dengan purata nilai 52.2 berbanding purata global 61.

Sistem persaraan Iceland (84.2) dinamakan sebagai yang terbaik di dunia, diikuti oleh Belanda (83.5) dan Denmark (82). – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close