GovernansMalaysiaPilihan Editor

Pekerja P-Hailing Nak Dapat Lesen Vokasional Kena Carum PERKESO

Pekerja p-hailing yang ingin mendapatkan lesen vokasional disyaratkan mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata lesen itu tidak akan diluluskan jika tiada caruman menerusi SKSPS dibuat.

“Memang betul, selepas ini kita akan syaratkan kalau nak dapat lesen vokasional, dia (penunggang p-hailing) kena mencarum, bermaksud dia tak boleh lepas, nak dapat ini (lesen jika tidak mencarum).

“Prasyaratnya ialah SKSPS mesti ada,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Pegangkutan Jalan (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab celahan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PEJUANG-Jerlun) yang bertanyakan sama ada langkah kerajaan mewajibkan pekerja p-hailing memiliki lesen vokasional akan memberi nilai tambah kepada golongan berkenaan.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, keputusan supaya pekerja p-hailing memiliki lesen terbabit semestinya memberi nilai tambah antaranya memastikan semua penunggang kompeten dari aspek pemanduan bagi menjaga keselamatan serta pemahaman peraturan jalan raya.

Sebenarnya kita pun sudah mula mensyaratkan semua syarikat iaitu mengenakan caruman dengan PERKESO. Malah sebagai permulaan kerajaan bayar 80 peratus (caruman) manakala baki 20 peratus ditanggung oleh penunggang p-hailing.

“Sebab itu kita komited memastikan ada jaringan keselamatan sosial untuk melindungi mereka kerana apabila berlaku kemalangan, sekurang-kuranganya mereka dibantu. Inilah cara kita membantu,” katanya.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022 serta dua lagi RUU lain berkaitan kawal selia komuniti p-hailing.

Dua RUU lain yang diluluskan itu adalah RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2022 dan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2022.

Tiga RUU yang dibentang itu adalah bagi memberi punca kuasa kepada Kementerian Pengangkutan mengawal selia komuniti p-hailing.

Menurut naskhah biru yang dikeluarkan Parlimen, kenderaan p-hailing, bermaksud suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa barangan dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi caj setiap barangan itu yang mana perkiraan, penempahan atau transaksi dan caj perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih disediakan suatu perniagaan pengantaraan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close