Kedai Runcit

Speedy Video Bakal Tutup Semua Cawangan Seluruh Negara

Speedy Video Distributors Sdn Bhd, peruncit video popular mengumumkan jualan ‘tutup kedai’ di semua cawangannya di seluruh negara.

Pengumuman yang dianggap detik paling menyedihkan dalam budaya pop Malaysia yang membesar bersama Speedy Video, selepas berpuluh tahun beroperasi di negara ini.

Pengumuman menerusi laman Facebook itu bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci berhubung tarikh penutupan rangkaian jualannya di seluruh negara.

“Semua cawangan ketika ini menganjurkan jualan tutup kedai. Sila lawati premis kami untuk menikmati promosi terakhir.

“Terima kasih di atas sokongan anda selama beberapa tahun. Mohon kongsikan maklumat ini,” katanya.

Sejumlah 14 cawangan Speedy Video masih beroperasi dan senarai jualan turut dikongsikan dalam laman Facebook berkenaan.

Speedy Video yang ditubuhkan pada 1989, meraih populariti menerusi pelbagai judul filem dan drama antarabangsa serta album muzik yang menyaksikan ia menjadi pilihan kepada kebanyakan rakyat Malaysia. – BERITA HARIAN ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close