Ekonomi Islam & Global

Starbucks Buang 900 Pekerja, Tutup 200 Kedai Di Amerika Utara

Starbucks akan mengurangkan kira-kira 900 jawatan bukan runcit dan menutup sekitar 200 premisnya di Amerika Utara sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturan semula, menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Brian Niccol, lapor Xinhua.

Jumlah keseluruhan kedai yang dikendalikan syarikat di Amerika Utara dijangka berkurangan kira-kira satu peratus pada tahun fiskal 2025, dan syarikat itu akan menamatkan tahun fiskal dengan hampir 18,300 cawangan Starbucks di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, kata Niccol dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang syarikat pada Khamis.

Dalam masa yang sama, Starbucks juga merancang untuk menaik taraf lebih 1,000 cawangan dalam tempoh 12 bulan akan datang bagi meningkatkan reka bentuk dan pengalaman pelanggan.

Niccol berkata, syarikat akan menawarkan ‘pampasan pemberhentian kerja dan pakej sokongan termasuk lanjutan faedah’ kepada pekerja yang terjejas.

“Pada tahun fiskal 2026, kami akan meningkatkan bilangan kedai kopi yang dikendalikan seiring dengan pelaburan berterusan dalam perniagaan,” katanya. -BERNAMA-XINHUA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close