Malaysia

Semakan BUDI95 Dibuka Hari Ini, Rakyat Boleh Semak Kelayakan Subsidi Petrol RON95

Rakyat Malaysia boleh mula membuat semakan kelayakan subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan, mulai jam 9 pagi ini.

Portal rasmi www.budimadani.gov.my kini dibuka untuk semakan profil kelayakan dan baki penggunaan subsidi bulanan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata semakan dilakukan secara automatik menggunakan nombor kad pengenalan tanpa perlu pendaftaran baharu.

Pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam alat pembaca di pam minyak untuk pengesahan kelayakan sebelum membuat bayaran.

Harga subsidi kekal pada RM1.99 seliter, manakala harga pasaran tanpa subsidi adalah sekitar RM2.60 seliter.

Penggunaan melebihi kuota akan dikenakan harga pasaran semasa.

Pemandu e-hailing boleh memohon tambahan kuota melalui portal yang sama.

Pembayaran boleh dibuat menggunakan tunai, kad kredit/debit, atau e-dompet.

Resit transaksi akan memaparkan nilai subsidi yang ditanggung kerajaan serta amaun sebenar yang dibayar pengguna.

Kerajaan menjangkakan penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun melalui pemansuhan subsidi pukal, yang akan disalurkan semula kepada bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan BUDI95 di 1300-88-9595 mulai jam 9 pagi ini. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close