Governans

Syarikat Minyak Sawit Digesa Eksport Produk Tokotrienol Ke China

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggesa pemain industri minyak sawit untuk merebut peluang mengeksport produk tokotrienol sawit ke China selepas mendapat kelulusan untuk mendaftarkan produk itu di republik tersebut baru-baru ini.

Susulan kelulusan diterima pada 13 Mac, tokotrienol sawit (Vitamin E) kini dibenarkan untuk eksport dan digunakan dalam aplikasi makanan di China.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata kelulusan itu turut memberi peluang kepada pemain industri untuk memanfaatkan potensi mengukuhkan kedudukan pasaran dan pendapatan mereka dengan ketara dalam antara pasaran terbesar dunia.

“Kelulusan ini antara hadiah terbaik yang dianugerahkan oleh kerajaan China kepada industri sawit Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, melambangkan persahabatan yang kukuh dan berkekalan serta saling menghormati dan bekerjasama,” katanya dalam kenyataan.

“Peningkatan eksport tokotrienol ke China boleh membawa kepada peningkatan yang ketara kepada hasil negara, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemampanan dalam sektor pertanian,” katanya.

Menurut MPOB, agensi itu bersama pemain industri kekal komited untuk memanfaatkan peluang bagi meningkatkan penerimaan produk minyak sawit Malaysia di China dan seterusnya, memastikan pertumbuhan dan kemampanan industri yang berterusan. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close