MalaysiaPilihan Editor

Jumlah Kes Kemalangan Babitkan Penunggang p-Hailing Membimbangkan

Statistik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan lebih 7,525 kes kemalangan jalan raya dilaporkan sepanjang tempoh sembilan bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata daripada jumlah itu 2,576 kes kematian membabitkan penunggang motosikal dan dua pertiga daripadanya adalah mereka yang berkhidmat dalam p-hailing.

Katanya, jumlah itu sangat membimbangkan terutamanya ketika pelaksanaan PKP kerana ketika itu tidak ramai pengguna jalan raya dan sepatutnya kemalangan tidak seharusnya berlaku.

“Untuk tahun lalu sahaja, dianggarkan 12 kes kematian sehari, manakala pada tahun sebelumnya iaitu 2019 ialah 18 kes kematian sehari.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close