Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

Talentbank Career Fair 2023: Peluang Graduan & Pencari Kerja Lebih 100 Syarikat Terkemuka Di Malaysia

Pameran ini akan menampilkan 10,000 peluang pekerjaan

Talentbank Career Fair – Pameran pencarian kerjaya yang paling komprehensif di Malaysia, akan kembali pada bulan Mac ini dengan tujuan untuk memberi impak positif terhadap isu kekurangan buruh mahir serta kenaikan jumlah penganggur di Malayisa secara berterusan.

Dengan revolusi teknologi digital, perkembangan inovasi dan globalisasi yang semakin pesat, Malaysia dan pengusaha tempatan giat mencari penyelesaian terhadap masalah kekurangan tenaga kerja mahir yang menghalang kemajuan ekonomi.

Pada masa yang sama, graduan  muda Malaysia sedang menghadapi detik yang menggerunkan dengan kadar pengangguran belia yang masih tinggi pada 11.8% – kadar yang jauh lebih tinggi daripada keadaan sebelum pandemik dan ramalan kenaikan inflasi yang bakal menimpa.

Dengan itu, Talentbank Career Fair 2023 bertujuan untuk menyediakan peluang bagi graduan baru, pencari kerja, dan majikan untuk menangani kedua-dua isu yang menekan ini dengan mementaskan lebih daripada 100 syarikat terkemuka dengan lebih daripada 10,000 jawatan kosong yang tersedia.

Mengulas tentang pameran yang akan datang, Ben Ho, Ketua Pegawai Eksekutif di Talentbank, berkata: “Visi dan misi kami di Talentbank adalah untuk membantu mencipta calon yang bersedia untuk bekerjaya dan membantu mereka mencapai kerjaya yang berpotensi tinggi dengan menghubungkan mereka bersama pemimpin industri yang sedia menerima bakat-bakat bertaraf dunia.

“Dengan kedua-dua pihak pekerja dan majikan yang ingin menyelesaikan kekangan pasaran sedia ada, kami percaya bahawa inilah masa terbaik untuk syarikat-syarikat di Malaysia dan pencari kerja menyertai kami di Talentbank Career Fair 2023.

“Di sini mereka bakal dapat bersatu dalam melalui pertukaran ilmu, pengalaman, dan peluang rangkaian yang unik untuk menjamin masa depan yang lebih stabil bagi bakat Malaysia.

Bakal bertempat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada 4 – 5 Mac 2023, edisi ke-7 Talentbank Career Fair bertujuan untuk memberi kuasa pada tangan graduan baru dan pencari kerja melibatkan diri dalam perbincangan yang memberansangkan tentang pembangunan kerjaya, tugasan kerja yang memuaskan, kestabilan kewangan, dan cara-cara untuk bernegosiasi dalam pasaran pekerjaan Malaysia yang kini.

Pameran kerjaya ini bakal mengetengahkan pelbagai syarikat di Malaysia dari pelbagai industri termasuk — Nestle, Maxis, Huawei, CIMB, Blacksire, Shell, Deloitte Consulting, Huntsman, KLK OLEO, BAT DBS, AIA Shared Services, Touch’ n Go, Public Bank, Allianz, SLB, TDCX, Coca-Cola, EY, OCBC, TikTok, Nippon Paint, IOI Properties, Alliance Bank, dan lain-lain.

Syarikat tempatan, serantau dan antarabangsa akan mempamerkan peluang kerjaya yang menggalakkan perkembangan bakat dan potensi diri.

Peluang kerjaya yang tersedia termasuk perakaunan, audit, cukai, perbankan, teknologi dan pengkomputeran, perkhidmatan pelanggan, kejuruteraan, sumber manusia, pemasaran, pengurusan projek dan banyak lagi.

Pameran ini juga memberi peluang kepada graduan dan pencari kerja untuk berinteraksi dengan majikan secara langsung dan mendapatkan pandangan yang bermakna.

Mentor Hot Seats adalah tarikan penting di Talentbank Career Fair 2023 – daripada nasihat kerjaya hingga ke pembangunan kendiri, para mentor berpengalaman ini sedia mendengar dan memberi panduan yang khas mengikut keperluan individu.

Selaras dengan komitmen untuk memulakan kejayaan kerjaya masyarakat, Talentbank juga menjemput individu berpengalaman dari organisasi terkemuka untuk memberi nasihat dan pandangan mereka melalui tarikan Expert Career Power Talks". Ini termasuk wakil dari Shell, Deloitte Consulting, Huawei, CIMB, Blacksire dan Touch n&Go.

Di Talentbank, segala usaha kami tertumpu kepada memberi peluang pekerjaan, sama ada  melalui Talentbank Career Fair atau inisiatif kami yang lain. Kami telah berjaya menghubungkan majikan dan pekerja selama tujuh tahun yang berturutan.

“Melalui itu, kami bukan hanya memberi peluang bekerja tetapi membantu pengusaha Malaysia membina dan mengembangkan perniagaan mereka dengan menghubungkan mereka dengan bakat yang betul,” tambah Li Kiat, Pengarah Perhubungan Majikan di Talentbank.

Diaturi sejak 2017, Talentbank Career Fair dengan pesatnya menjadi salah satu pameran terkemuka dalam pasaran kerjaya di Malaysia.

Selama bertahun-tahun, pameran ini telah menampilkan lebih daripada 10,000 majikan dan menawarkan ratusan ribu peluang pekerjaan -oleh yang demikian, mengambil langkah penting dalam membina landskap kerjaya negara.

Antara tarikan lain yang boleh didapati di pameran ini termasuk sesi rakaman potret professional LinkedIn untuk membantu pencari kerja memberi impresi berkesan pada profil LinkedIn mereka.

Peserta juga boleh mendapatkan bantuan pakar dalam merangka dan mengasah resume mereka di seksyen bantuan resume – yang disokong oleh ahli Persatuan Pusat Pembangunan Kerjaya Kebangsaan (PPPKK) untuk memastikan pencari kerja menonjolkan pencapaian, kemahiran, dan pengalaman mereka melalui kata-kata.

Dengan hanya mengambil bahagian dalam pameran dan sesi cabutan bertuah, setiap peserta berpeluang memenangi satu daripada sepuluh jam pintar Apple. Dan mereka yang memberikan undian bagi majikan pilihan mereka, bakal berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM15,000!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.joincareerfair.com/ dan daftar secepatnya untuk menempah tempat dalam program peserta terhad yang di Talentbank Career Fair. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close