MalaysiaPilihan Editor

Tengok Dari Dua Perspektif – Ekonomi Rakyat dan Ekonomi Negara – Kata Johari Abdul Ghani

Ucapan sewaktu Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, ketika Bicara Rakyat pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka, World Trade Centre. - NSTP/AZIAH AZMEE
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, ketika Bicara Rakyat pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka, World Trade Centre. – NSTP/AZIAH AZMEE

Secara berseloroh, tuan-tuan dan puan-puan…dalam masa lima minit ini jangan tengok telefon, boleh ?

Itu permintaan spontan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sewaktu hendak memulakan Bicara Rakyat dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Maka, disambut sorakan bersemangat – BOLEH !!!

Tersenyum seketika bekas Menteri Kewangan II yang terus berbicara bahawa ada dua perspektif yang perlu dilihat secara fokus iaitu ekonomi rakyat dan ekonomi negara.

Johari menyifatkan kerajaan Perpaduan perlu menumpukan soal ekonomi rakyat dan ekonomi negara yang saling berkaitan yang menjadi faktor penting untuk pentadbiran sedia ada mengekalkan kuasa.

“Dalam soal ekonomi rakyat, empat perkara utama perlu dijaga iaitu aspek makanan, pendidikan, peluang pekerjaan dan perumahan.

“Atas dasar itu, tegasnya, negara tidak boleh lagi berdepan dengan isu ketiadaan bekalan makanan asas seperti ayam dan telur.

“Apabila kita cerita soal ekonomi rakyat, apa yang rakyat mahukan? Rakyat nak empat perkara asas.

“Siapa pun jadi kerajaan, kalau tidak dapat selesaikan empat perkara ini yang rakyat hendak, mereka tidak akan boleh kekal berkuasa.

“Kita tidak boleh lagi berdepan soal asas seperti tiada ayam atau telur, kita tidak boleh berbuat demikian,” katanya pada Bicara Rakyat dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Menyentuh soal ekonomi negara, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, sudah menjadi tugas kerajaan membawa pelaburan sama ada dari dalam atau luar negara.

Beliau berkata, pelaburan adalah punca kerajaan memperoleh pendapatan daripada cukai dikenakan terhadap pelabur atau perniagaan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat melalui pembinaan infrastruktur seperti jalan, sekolah dan hospital.

“Bagi memastikan ekonomi rakyat dan negara terjaga, ia perlu datang daripada kerajaan yang mampu memberikan kestabilan politik.

“Kerajaan juga perlu mempunyai integriti, kredibiliti pada mata rakyat, dilihat kompeten dan mempunyai pengalaman untuk mentadbir kerajaan.

“Ekonomi rakyat dan negara saling berkait tapi untuk menjayakan kedua-duanya, ada perkara yang kerajaan perlu pastikan.

“Pertama, kerajaan perlu pastikan ia dapat memberi kestabilan politik dalam negara dan kedua, kerajaan perlu ada integriti dan kredibiliti dan sebuah kerajaan itu mesti kelihatan kompeten selain berpengalaman mentadbir negara,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY/NSTP/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close