MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Suasana Sekitar Pusat Penamaan Hangat Di Parlimen Parit, Meriah Gelagat Penyokong

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Proses penamaan calon hari ini menyaksikan seolah-olah berpesta dengan pelbagai ragam penyokong parti dan calon yang datang memberi sokongan kepada calon mereka ke pusat penamaan calon, pagi ini.

Selain jumlah penyokong yang ramai kerana fasa peralihan ke era endemik akibat COVID-19 kembali membenarkan penyokong hadir ke pusat penamaan seperti sediakala, pelbagai gelagat penyokong menarik perhatian termasuk memakai pakaian unik selain pakaian mengikuti tema warna parti.

Di Parlimen Parit (P.069) yang juga merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.39 – Belanja dan N.40 – Bota.

 

Bagaimanapun penyokong dilihat mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu orang awam serta penyokong yang mengiringi calon, dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan yang ditetapkan.

Suasana dimeriahkan dengan laungan perang antara penyokong bagi memberi sokongan kepada calon-calon mereka selain perang bendera dan plakad meraikan perbezaan idealogi politik masing-masing.

Begitu juga penyokong melakukan perarakan calon dengan konvoi kenderaan, turut memeriahkan suasana.

 

Dalam keghairahan penyokong, kelihatan juga yang memakai pelitup muka bagi mengelak penularan COVID-19 yang masih belum berpenghujung, seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close