Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Jurang Negara Kaya, Membangun Semakin Melebar – IMF

Pengagihan tidak sekata vaksin menyebabkan jurang ketidaksamaan semakin melebar apabila pertumbuhan negara kaya lebih pesat dan meninggalkan negara membangun di belakang meskipun ekonomi global sedang berkembang, demikian amaran dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Akses vaksin muncul sebagai garis kesilapan utama yang memisahkan pemulihan global kepada dua blok,” kata IMF dalam Tinjauan Ekonomi Dunia terkini.

Namun, IMF memberi amaran ancaman kepada seluruh dunia jika varian baharu virus terus dibiarkan merebak.

Pemulihan ‘tidak terjamin’ walaupun di negara yang kadar jangkitannya sangat lemah selagi virus itu terus merebak di tempat lain, kata laporan berkenaan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia akan berkembang tahun ini, tidak berubah berbanding unjuran pada April lalu.

Amerika Syarikat (AS) diunjur mencatatkan pertumbuhan lebih pantas tahun ini berbanding unjuran terdahulu, berkembang sebanyak tujuh peratus dengan perbelanjaan besar kerajaan dan program vaksinasi COVID-19 yang meluas.

Bagaimanapun, IMF menurunkan unjuran bagi India, yang berdepan peningkatan semula kes jangkitan.

Penyedia pinjaman berpangkalan di Washington sekali lagi menegaskan bahawa ‘keutamaan segera’ adalah untuk mengagihkan vaksin dengan sekata di seluruh dunia dan mempercepatkan pelan bernilai AS$50 bilion yang menawarkan kos berdaya maju bagi mengakhiri pandemik.

Negara-negara maju telah memvaksinkan hampir 40 peratus penduduk, berbanding hanya 11 peratus di negara sedang membangun dan peratusan kecil di negara berpendapatan rendah, kata laporan itu.

Gopinath berkata, sekurang-kurangnya satu bilion dos vaksin akan dikongsi oleh negara yang mempunyai lebihan vaksin tahun ini.

Kegagalan untuk mencapai vaksinasi secara meluas akan menyebabkan varian virus yang amat mudah berjangkit semakin merebak, seperti varian Delta.

Ia akan menjejaskan pemulihan, menghilangkan $4.5 trilion daripada KDNK global secara terkumpul menjelang 2025, lebih separuh daripadanya adalah daripada negara-negara kata, demikian menurut anggaran IMF.

Ini bukan hanya ‘risiko kecil’ sebaliknya risiko penurunan yang realistik, kata Timbalan Pengarah Jabatan Penyelidikan IMF, Petya Koeva-Brooks.

Vaksinasi membolehkan ekonomi dibuka semula dan menyebabkan unjuran terhadap AS bagi tahun ini serta tahun depan dinaikkan, apabila pertumbuhan dijangka mencecah 4.9 peratus.

Namun, ia mengambil kira Kongres AS akan meluluskan satu lagi pusingan perbelanjaan kira-kira AS$4 trilion tahun ini menerusi program infrastrukur dan mewujudkan pekerjaan di bawah Presiden Joe Biden.

IMF turut menaikkan unjuran bagi Kanada dan Britain masing-masing kepada 6.3 peratus dan 7.0 peratus tahun ini, manakala KDNK zon euro dijangka berkembang 4.6 peratus, lebih tinggi sedikit berbanding unjuran April.  -AFP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close