Pilihan EditorTwo Cents

KAKI BEDAL: Sivakumar Kekal Fokus Agenda Memartabatkan Pekerja Tempatan Sebagai Perjuangan Murni

Oleh Kaki Bedal

Di sebalik kemelut isu semasa, V Sivakumar sentiasa tenang. Hanya yang dilihat adalah fokus kepada tanggungjawab dan amanah yang dipikul, terutama memperjuangkan hak-hak pekerja sejak sekian lama lagi.

Pastinya Menteri Sumber Manusia sejak dulu lagi memperjuangkan harapan pekerja yang sememangnya tidak pernah lekang dalam jiwa raganya sejak menjadi ahli politik biasa dan aktivis hak-hak pekerja di dalam negara ini.

Atas faktor itu, Sivakumar yang menyedari pentingnya peranan pekerja sebagai penentu aras produktiviti, sambutan Hari Pekerja baharu-baharu ini diteruskan bagi menghargai sumbangan golongan pekerja terhadap pembangunan ekonomi negara.

“Saya melihat tanpa pekerja, segala perancangan Kerajaan di bawah Agenda Malaysia Madani pasti tidak akan menjadi kenyataan,” menampakkan ketegasan Menteri Sumber Manusia ini.

Maka dengan itu, Kerajaan Perpaduan bertekad dan beriltizam untuk terus membela nasib golongan pekerja termasuk menjaga kebajikan dan memelihara hak keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan sosial pekerja termasuk ahli keluarga mereka.

Sewaktu berucap dalam majlis Hari Pekerja, beliau turut berpandangan golongan pekerja perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terkini dan meningkatkan kompetensi agar relevan dan kekal berdaya saing dalam sektor pekerjaan yang semakin mencabar.

Ini penting bagi memastikan kumpulan pekerja yang tersedia adalah mereka yang boleh menyahut cabaran industri dan sentiasa bersedia membuat perubahan selaras dengan pekembangan semasa industri yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam pasaran buruh.

Penganlisis bersetuju pandangan Menteri Sumber Manusia yang yakin bahawa Malaysia boleh mencapai sasaran memiliki kumpulan tenaga kerja mahir sebanyak 35 peratus menjelang tahun 2030.

Sivakumar turut melahirkan sifat keprihatinan tinggi kepada warga pekerja Malaysia di atas pengorbanan, komitmen serta sumbangan yang dicurahkan bagi bersama-sama membantu Kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara.

“Teruskanlah bersatu hati dan pertahankanlah daya usaha, komitmen, kreativiti, inovasi dan budaya kerja cemerlang anda kerana andalah pemangkin dalam mencapai visi dan misi konsep Malaysia Madani,” ujarnya lagi.

Malahan Sivakumar tidak pernah dilihat putus asa yang mana kementeriannya sedang berusaha membuat beberapa pindaan proses pengiktirafan kesatuan sekerja untuk memberi ruang kepada pekerja memperjuangkan hak mereka dan mendapat keadilan.

Ini kerana beliau telah nampak di depan matanya yang mana ada dalam kalangan majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja di tempat mereka.

Terdapat kes-kes majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja yang diterajui oleh pekerja dan ini merumitkan lagi usaha pekerja dalam memperjuangkan hak mereka.

Turut tersemat di hati Menteri yang merakyatkan sumber manusia ini turut berpandangan jauh untuk memastikan gaji kehidupan yang wajar seperti yang dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengkaji semula gaji penjawat awam, menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan kepada 20 peratus dan isu gaji minima.

Sivakumar perlu menjadi pencetus perjuangan murni pekerja tempatan, sekali gus memastikan semua pekerja di negara ini mendapat perlindungan dan keistimewaan yang setimpal dengan sumbangan mereka.

Sewaktu sidang media pada Hari Pekerja 1 Mei lalu, Sivakumar begitu bersemangat melaungkan hasrat merangka kaedah baharu pelaksanaan gaji minimum bagi memastikan kebajikan setiap pekerja di negara ini terbela.

Malahan Menteri itu juga mengakui gaji minimum RM1,500 agak rendah, dan menegaskan majikan perlu memastikan gaji untuk pekerja setimpal dengan kemahiran dimiliki mereka dan isu berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet akan datang bagi mencari kaedah baharu menetapkan gaji pekerja.

Ini adalah contoh Menteri berjiwa besar yang hanya fikirkan kepentingan pekerja tempatan. – BACALAHMALAYSIA.MY

  • Penulis ialah pemerhati sosio-ekonomi, hal ehwal kesejahteraan rakyat dan media lebih 30 tahun di negara ini.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close