Duniaku TeknokratPilihan Editor

Dulu Penoreh Getah, Kini Jutawan

Bagai bulan jatuh ke riba. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan nasib seorang penoreh getah apabila kini bergelar jutawan selepas diumumkan pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP ke-99.

Hasil cabutan berkenaan, Johni Satur, 57, membawa pulang RM1 juta.

Johni berkata, dia membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) pada tahun 2022 selepas disarankan anak lelakinya.

Saya masih rasa seperti mimpi dapat menang RM1 juta. Malah saya lambat memberi respon ketika dihubungi pihak BSN minggu lalu kerana bimbang ia adalah suatu skim penipuan.

“Selepas beberapa kali diyakinkan, barulah saya percaya menjadi seorang pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP,” katanya ditemui di Kampung Lasau Minunsud pada Khamis.

Turut hadir menyampaikan hadiah kemenangan adalah Ketua Komunikasi Strategik BSN, Aizurra Mellissa Muzammil.

Mengulas mengenai kemenangannya, bapa kepada lima cahaya mata berusia antara tujuh hingga 30 tahun itu merancang membina sebuah rumah baharu di tapak lain demi keselesaan keluarga.

Selain itu, Johni menyatakan wang dimenangi itu juga bakal digunakan untuk pendidikan anak-anak ekoran masih memilik dua lagi anak bersekolah Darjah Satu dan Tingkatan Enam.

Sementara itu, anak keduanya, Romexh Johni, 27, berkata dia meminta wang kemenangan itu disimpan dalam akaun BSN agar lebih selamat kerana bimbang bapanya menjadi mangsa penipuan.

“Awalnya saya tidak tahu tentang peraduan ini sehingga dimaklumkan di kaunter BSN.

“Kebetulan bapa saya juga memang salah seorang pelanggan yang menyimpan wang di BSN selama ini,” katanya yang juga graduan dalam bidang pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close