GovernansMalaysia

Sidang Khas Dewan Rakyat Bincang Isu Tarif AS 5 Mei Ini – PM

Dewan Rakyat akan mengadakan sidang khas pada 5 Mei ini bagi membincangkan isu tarif Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan terhadap negara lain termasuk Malaysia.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ya ada (sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini),” katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri MADANI Jabatan Perdana Menteri di sini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Bagaimanapun, difahamkan Ahli Parlimen masih belum menerima notis terbabit bagi menghadiri sidang berkenaan.

Beliau dijangka mengadakan pertemuan penting dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer dan beberapa pegawai kanan lain.

Beliau dilaporkan berkata, lawatan kerja dua hari itu juga akan dimanfaatkan untuk bertemu dengan dewan perniagaan, syarikat dan kumpulan berkepentingan bagi menjelaskan pendirian Malaysia sebagai negara neutral serta kepentingannya dalam sektor strategik seperti semikonduktor dan elektrik dan elektronik (E&E). – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close