MalaysiaPilihan Editor

TOKYO 2020: Azizulhasni Layak Ke Suku Akhir

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mara ke suku akhir selepas menamatkan saringan ketiga pusingan pertama acara keirin lelaki di kedudukan pertama pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Tokyo tadi.

Kejayaan itu sekali gus berjaya menghidupkan peluang dan harapan beliau untuk merangkul pingat emas negara pertama pada temasya kali ini.

Mengikuti langkahnya ke suku akhir yang dijadual berlangsung esok adalah Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago.

Azizulhasni yang merangkul pingat gangsa dalam acara keirin pada Olimpik Rio 2016 tiba di garis penamat di hadapan Paul manakala Patryk Rajkowski dari Poland di tempat ketiga. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close