Duniaku TeknokratPilihan Editor

TRX Jana Lebih 20,000 Pekerjaan Mahir, Tarik Pelaburan Swasta RM8 Bilion

Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX), berjaya menjana lebih 20,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi sejak penubuhannya, sekali gus menjadi pemangkin utama dalam agenda pembangunan bakat negara.

Kejayaan itu selari dengan peranannya sebagai sebuah hab kewangan terkemuka yang sehingga kini telah berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM8 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib, berkata kejayaan TRX adalah bukti komitmen Malaysia dalam membina ekonomi yang berdaya saing untuk masa hadapan.

Menurut beliau, TRX berbangga dapat menyokong sepenuhnya Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermatlamat untuk memacu Malaysia ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“RMK13 adalah satu pelan yang berpandangan jauh untuk meletakkan Malaysia di landasan kemakmuran yang mampan dan inklusif. TRX berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan negara ini dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk memberikan impak sebenar kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Terbaharu, firma perunding global, PwC, turut menyertai senarai syarikat antarabangsa yang menjadikan TRX sebagai pangkalan operasi mereka.

Selain sektor kewangan, ekosistem yang diwujudkan di TRX turut merancakkan pertumbuhan dalam sektor berkaitan seperti perundingan, teknologi, hospitaliti, dan kesihatan, sekali gus menyumbang kepada pewujudan lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi.

TRX, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, komited untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan manfaat pertumbuhan dan inovasi dapat dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close