Duniaku TeknokratPilihan Editor

Tunku Tun Aminah Dilantik Jadi Pengarah BCorp

Berjaya Corporation Bhd (BCorp) mengumumkan pelantikan dua Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif baharu dalam lembaga pengarahnya, iaitu Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail dan Tan Sheik Ling, berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu turut mengumumkan peletakan jawatan dua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, iaitu Datin Seri Sunita Mei-Lin Rajakumar dan Datuk Hisham Othman, berkuat kuasa hari ini.

“Hisham telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif syarikat berkaitan BCorp, Berjaya Assets Bhd (B-Assets) berkuat kuasa 1 Julai 2022,” katanya.

Barisan baharu dan perubahan dalam lembaga pengarah, katanya, mencerminkan sejumlah 14 ahli lembaga pengarah dan sembilan pengarah wanita mewakili 64 peratus wakil wanita, jauh melebihi 30 peratus yang disyorkan di bawah Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.

“Dengan memegang jawatan sebagai CEO dalam pelbagai industri selama bertahun-tahun, Hisham mempunyai pengalaman mendalam yang berharga dalam bidang pembangunan hartanah, pembinaan, lebuh raya, konsesi, infrastruktur, automotif dan pengangkutan.

Hisham adalah pengarah risiko yang berkelayakan dan ahli Institut Pengamal Risiko Perusahaan yang berpangkalan di United Kingdom, serta ahli Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) dan Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM). -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close