Pilihan EditorTwo Cents

SATU PANDANGAN: ‘Tak Masuk Akal Belanja Satu Pertiga Hasil Untuk Subsidi’ – Ahli Ekonomi

Oleh Dr Nungsari Ahmad Radhi

Membelanjakan sehingga satu pertiga hasil kerajaan untuk subsidi adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Kerajaan perlu memikirkan kaedah yang lebih baik untuk menyalurkan semula hasil sedia ada dan cara untuk membelanjakannya kembali kepada rakyat, daripada sebahagian besarnya dibelanjakan untuk subsidi.

Jika dapat menempatkan semula hasil sedia ada dan cara membelanjakannya tanpa menaikkan cukai, kerajaan sebenarnya boleh melakukan lebih banyak lagi pada bahagian yang lebih bermakna. Jadi, kita perlu melakukannya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, peningkatan itu adalah akibat langkah kerajaan mengekalkan harga barangan bersubsidi untuk rakyat berikutan dengan kenaikan luar jangka harga komoditi dunia.

Sehubungan itu, bermula tahun depan kerajaan akan melaksanakan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa.

“Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” kata Perdana Menteri.

Dalam pada itu, kebanyakan masalah ekonomi yang dihadapi negara pada hari ini adalah disebabkan oleh penyalahagihan sumber.

Rasionalisasi subsidi yang ingin dibuat kerajaan bukan semata-mata mengenai penempatan semula sumber, tetapi sebenarnya adalah mengenai penghapusan herotan besar harga dalam ekonomi.

Menghapuskan subsidi saya fikir adalah salah satu perkara pembaharuan paling penting dalam agenda kerajaan.

Seperti saya pernah tunjukkan, bukankah tidak masuk akal kerajaan meminjam duit untuk membina transit aliran ringan (LRT), Laluan Transit Aliran Massa (MRT) yang sepatutnya menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Namun, pada masa kerajaan membelanjakan RM60 bilion setahun untuk memberi subsidi petrol dan diesel bagi menggalakkan pengangkutan persendirian. Jadi, ini adalah bentuk herotan yang mana anda melakukan salah satu dan bukan kedua-duanya sekali, ia perlu diubah.

Justeru, tindakan menghapuskan subsidi ini akan menghapuskan herotan harga yang akan menghasilkan penyaluran sumber yang lebih cekap. – BH ONLINE

  • Penulis ialah seorang ahli ekonomi dan berucap pada Simposium Laluan Ke Arah Kemakmuran Lebih Besar untuk Malaysia anjuran Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya di sini.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close